Share a cup coffee with your plants? Boleh saje!
Kenapa? Sebab kopi boleh dijadikan baja semulajadi. Jadi kopi yang tak abis, jangan dibuang tuan-tuan dan puan-puan. Kopi mempunyai sumber nitrogen, nutrien semulajadi yang membolehkan pokok tumbuh subur menghijau, daun yang besar dan batang yang kuat. Juga mengandungi kalsium dan magnesium yang sangat berguna untuk pertumbuhan pokok.
Bagaimana caranya?
- Kopi serbuk atau kopi kisar saje. Jangan guna instant kopi macam Nescafe.
- Cairkan air kopi tadi, tambah air (1 bahagian kopi + 3 bahagian air), jadi warnanya seperti air teh. Kenapa dicairkan? Sebab kopi bersifar acidic sebab itulah kene dicairkan sebelum diberi minum kepada pokok bunga, pokok buah dan pokok sayuran.
- Bolehlah disiram :) senangkan!!! Seminggu sekali bolehlah diberikan air kopi cair kepada pokok-pokok dirumah anda.
- Serbuk kopi yang telah digunakan tadi bolehlah ditabur keliling pokok. Jadi baja kompos dan boleh menghindar siput/slug dari tumbuhan.
Minum kopi anda jadi sihat dan kuat!