Sunday, January 5, 2014

Recycle Air Kopi? Baja pokok?

Share a cup coffee with your plants? Boleh saje!

Kenapa? Sebab kopi boleh dijadikan baja semulajadi. Jadi kopi yang tak abis, jangan dibuang tuan-tuan dan puan-puan. Kopi mempunyai sumber nitrogen, nutrien semulajadi yang membolehkan pokok tumbuh subur menghijau, daun yang besar dan batang yang kuat. Juga mengandungi kalsium dan magnesium yang sangat berguna untuk pertumbuhan pokok.

Bagaimana caranya?
  • Kopi serbuk atau kopi kisar saje. Jangan guna instant kopi macam Nescafe. 
  • Cairkan air kopi tadi, tambah air (1 bahagian kopi + 3 bahagian air), jadi warnanya seperti air teh. Kenapa dicairkan? Sebab kopi bersifar acidic sebab itulah kene dicairkan sebelum diberi minum kepada pokok bunga, pokok buah dan pokok sayuran.
  • Bolehlah disiram :) senangkan!!! Seminggu sekali bolehlah diberikan air kopi cair kepada pokok-pokok dirumah anda. 
  • Serbuk kopi yang telah digunakan tadi bolehlah ditabur keliling pokok. Jadi baja kompos dan boleh menghindar siput/slug dari tumbuhan. 
Minum kopi anda jadi sihat dan kuat!





Friday, January 3, 2014

Diorama Kotak Kasut "Under The Sea"


Diorama
binaan model/miniatur dalam bentuk 3 dimensi (3D) untuk menggambarkan suatu pemandangan 
Proses membuat diorama bolehlah dilihat di sini.

Asahlah kreativiti anak-anak dengan membuat projek diorama semasa cuti sekolah. Macam-macam tema pemandangan, contohnya haiwan di dalam hutan, haiwan artik, gunung berapi, taman bunga, zaman dinasour dan kolam air. Bekas diorama boleh guna kotak-kotak lama seperti kotak kasut. Untuk hiasan, ada bahan-bahan yang boleh didapati di keliling rumah anda, boleh guna ranting kayu, daun-daun kering, batu dan pasir. Atau recycle majalah lama, ada gambar haiwan ke, bunga ke, kereta ke, boleh lah di gunting, lekatkan atas manila kad, haaaaa boleh dah jadikan bahan diorama.

Recycle and think outside the shoebox!!!