Sunday, January 5, 2014

Recycle Air Kopi? Baja pokok?

Share a cup coffee with your plants? Boleh saje!

Kenapa? Sebab kopi boleh dijadikan baja semulajadi. Jadi kopi yang tak abis, jangan dibuang tuan-tuan dan puan-puan. Kopi mempunyai sumber nitrogen, nutrien semulajadi yang membolehkan pokok tumbuh subur menghijau, daun yang besar dan batang yang kuat. Juga mengandungi kalsium dan magnesium yang sangat berguna untuk pertumbuhan pokok.

Bagaimana caranya?
  • Kopi serbuk atau kopi kisar saje. Jangan guna instant kopi macam Nescafe. 
  • Cairkan air kopi tadi, tambah air (1 bahagian kopi + 3 bahagian air), jadi warnanya seperti air teh. Kenapa dicairkan? Sebab kopi bersifar acidic sebab itulah kene dicairkan sebelum diberi minum kepada pokok bunga, pokok buah dan pokok sayuran.
  • Bolehlah disiram :) senangkan!!! Seminggu sekali bolehlah diberikan air kopi cair kepada pokok-pokok dirumah anda. 
  • Serbuk kopi yang telah digunakan tadi bolehlah ditabur keliling pokok. Jadi baja kompos dan boleh menghindar siput/slug dari tumbuhan. 
Minum kopi anda jadi sihat dan kuat!





Friday, January 3, 2014

Diorama Kotak Kasut "Under The Sea"


Diorama
binaan model/miniatur dalam bentuk 3 dimensi (3D) untuk menggambarkan suatu pemandangan 
Proses membuat diorama bolehlah dilihat di sini.

Asahlah kreativiti anak-anak dengan membuat projek diorama semasa cuti sekolah. Macam-macam tema pemandangan, contohnya haiwan di dalam hutan, haiwan artik, gunung berapi, taman bunga, zaman dinasour dan kolam air. Bekas diorama boleh guna kotak-kotak lama seperti kotak kasut. Untuk hiasan, ada bahan-bahan yang boleh didapati di keliling rumah anda, boleh guna ranting kayu, daun-daun kering, batu dan pasir. Atau recycle majalah lama, ada gambar haiwan ke, bunga ke, kereta ke, boleh lah di gunting, lekatkan atas manila kad, haaaaa boleh dah jadikan bahan diorama.

Recycle and think outside the shoebox!!!


Wednesday, December 25, 2013

Wonderfully Green! Cuka...Pembersih Serbaguna

Cleaner homemade yang paling Rose sayang sekali. The best cleaner ever!

Cuma guna 2 bahan natural, cuka dan air. Tiada bahan-bahan toksik, mudah, murah dan yang paling penting berkesan menghilangkan segala kotoran degil. Juga boleh membunuh bakteria, germs & mold.

Boleh guna di dapur, bilik air atau di mana-mana saje. Rose gunakannya untuk bersihkan minyak atas dapur masak, sink, kitchen counters, bilik air, meja makan, microwave, oven, peti sejuk, bersihkan tingkap kaca dan macam-macam lagi. Cuka bau dia busuk but no worries...bau cuka akan hilang bila kering.

  • 1 bahagian air 
  • 1 bahagian cuka (jangan guna cuka yg kurang power macam apple cider vinegar)
  • Botol spray
  • Beberapa titik Essential oil - optional (kalau nak bau wangi boleh lah di campur sedikit essential oil orange, lemon, lavender etc)

Campurkan semua bahan ke dalam botol spray. Goncang sikit. Dah siap!

Sembur ke tempat kotoran degil seperti di atas, biarkan beberapa saat dan bolehlah di lap.

Bersih bersinar-sinar kan! Mesra alam, selamat dan kita dapat penjimatan berganda...cuka sebotol cuma RM1 aje. Chaaa-chingggg!!! Jangan lupa stock cuka banyak di rumah :)

Sunday, December 22, 2013

DIY Peta Dunia PinBoard

"Put down the map and get wonderfully lost"... haaaaaa berani tak? Rose and hubby ada hobi yang sama...kami minat sejarah dan muzium. And now kalau boleh kami nak mengembara keliling dunia sama2. Disebabkan sibuk keje dan anak...kadang2 pengembaraan kami tertunda. Lagipun dulu tak berapa minat sejarah ngan muzium2 nih...maybe now dah mid 30s ni able to appreciate bende2 lama, vintage and ada value, bukan duit tapi sejarahnya. Hubby pulak macam walking "history channel HD", macam2 sejarah dia tau. Makanya, untuk kami mendapat sumber inspirasi & idea untuk melihat dan mengenal tempat2 baru yang penuh sejarah, Rose nak buat Peta Dunia Pinboard nih. Idea nak buat bertahun2 tapi biasa lah kan...terbeku sekejap dalam kepala nih. Ok...apa yang kene ada untuk buat World Map Pinboard nih?Mari kita lihat...

Cuma 4 bende, frame gambar, peta (beli atau print sendiri, peta dunia atau asia tenggara, Malaysia, negeri atau daerah pun bolehh), kad board tebal (Rose guna kotak printer, potong ikut saiz frame gambar) dan pin warna-warni. Rose guna frame size A4, kalau nak beli frame yang lagi besar pun boleh. Lagi besar, lagi senang nak pin tempat2 yang kite pernah pegi atau tempat2 yang kite teringin nak mengembara.

 Bukak frame gambar,lepas tu masuk peta dulu....

 Kemudian masukkan kadbod tebal tadi. Guna ni sebab nanti kite nak cucuk pin.

Pastu letak kaca frame tadi, jangan di buang. Mungkin satu hari ni nanti kite nak recycle frame ni balik untuk letak gambar2 lain.

 Dan akhir sekali papan frame supaya kite boleh gantung kat dinding atas berdirikan dia kat atas kabinet.

 Tadaaaaaa...peta dunia pinboard pun dah siap...semudah A B C

Pin2 marble yang colorful, anda boleh color code negara2 atau tempat2 yang pernah datang lawati dan juga negara2 yang anda ingin explore. Rose letak merah untuk negara2 yang kami nak explore dalam masa 5 tahun akan datang. Yessss long term planning sangat penting, untuk kami kumpul dana, masa dan juga membuat research sesuatu tempat tuh, learn the facts, looking at pictures and videos. Tak pegi lagi kite dah tau macam2...luar negara atau dalam negeri ke...jauh pemandangan, luas pengetahuan.

Henry Miller (well-known American writer) pernah kata,
"Once's destination is never a place, but a new way of seeing things".

Pin2 color kuning, biru dan hijau adalah tempat2 yang kami telah jelajahi (except Korea dan Jepun, cik abang tak pegi lagi...nanti kite gi sama2 ye :) Board ni boleh dijadikan hiasan rumah, unik gitu, lain dari yang lain kan!

A little step may be the beginning of a great journey...betul tak?






Saturday, December 14, 2013

Kulit Telur? Jangan Buang Tau

Lepas buat telur dadar ke...kuih bahulu ke...kuih bakar ke...kulit telur jangan dibuang gitu je. Sayang tau...sebab apa? Sebab kulit telur ni sebenarnya banyak kegunaan. Kulit telur mengandungi kalsium dan bahan mineral semulajadi. Setiap kulit telur sederhana besar ada 750-800 mg kalsium.

Cuci kulit telur bersih2, lepas tu keringkan dalam 2-3hari. Bila dah kering, hancurkan kulit telur, masa tengah tengok TV ke boleh lah kite ramas-ramaskan kulit telur sampai halus. Atau amik lesung, pastu tumbuk atau masuk blender kering. Tapi balik baik guna tangan, ada exercise tangan sikit sambil2 tengok drama rerun Love You Mr. Arrogant :P

Baja Organik
  • Kulit telur yang hancur kecil2 tadi, bolehlah ditabur ke lubang pokok bunga atau sayur yang kite nak tanam. Lepas tuh, tabur keliling pokok bunga & sayur tadi setiap 2 minggu. Atau pokok2 yg sedia ada, taburkan keliling. Kulit telur yang kaya dengan kalsium & mineral akan tolong pokok bunga & sayur hidup subur. Bukan tu saje, siput nak lalu pun takut sebab kulit telur kan tajam2, mau sangkut pulak siput2 tuh nanti. Selamatlah pokok2 kite kan!
  • Kulit telur ni pun boleh masuk dalam baja kompos, campur dengan bahan buangan dapur lain macam kulit bawang, sayur2 yang buruk, kulit2 buah/sayur etc .Kitar semula bagus untuk alam dan bagus jugak untuk poket kite. Jimat berganda, tak payah beli baja kat kedai kan :)

Pokok aloe vera kat taman saya hidup subur. Terima kasih kulit2 telur!

Cicak, please go away!
Napa ye cicak tak suka kulit telur? Dengar citer, cicak associate kulit telur hancur dengan burung/ayam dan adalah pemangsa no.1 cicak. Maybe bau telur sama ngan bau burung/ayam (bau kalsium tu kot). So bila jumpa kulit telur, cicak lari jauh2. Kulit telur yang pecah2 besar 50sen/10sen, letakkan nye kat kawasan cicak berkampung.
 
Alamak kulit telur! Lari!!!!

Rangoon Creeper (Chinese Honeysuckle) dah berbunga lebat! 
Bunga merah & putih, buat hati gumbira. Bau harum semerbak :)


Wednesday, December 4, 2013

Hello & apa khabar?

Hari ni birthday ayah. Selamat Hari Lahir yang ke 64 tahun.
Semoga sentiasa sihat dan diberkati Allah. Jasamu sentiasa kami kenang!