Lepas buat telur dadar ke...kuih bahulu ke...kuih bakar ke...kulit telur jangan dibuang gitu je. Sayang tau...sebab apa? Sebab kulit telur ni sebenarnya banyak kegunaan. Kulit telur mengandungi kalsium dan bahan mineral semulajadi. Setiap kulit telur sederhana besar ada 750-800 mg kalsium.
Cuci kulit telur bersih2, lepas tu keringkan dalam 2-3hari. Bila dah kering, hancurkan kulit telur, masa tengah tengok TV ke boleh lah kite ramas-ramaskan kulit telur sampai halus. Atau amik lesung, pastu tumbuk atau masuk blender kering. Tapi balik baik guna tangan, ada exercise tangan sikit sambil2 tengok drama rerun Love You Mr. Arrogant :P
Baja Organik
- Kulit telur yang hancur kecil2 tadi, bolehlah ditabur ke lubang pokok bunga atau sayur yang kite nak tanam. Lepas tuh, tabur keliling pokok bunga & sayur tadi setiap 2 minggu. Atau pokok2 yg sedia ada, taburkan keliling. Kulit telur yang kaya dengan kalsium & mineral akan tolong pokok bunga & sayur hidup subur. Bukan tu saje, siput nak lalu pun takut sebab kulit telur kan tajam2, mau sangkut pulak siput2 tuh nanti. Selamatlah pokok2 kite kan!
- Kulit telur ni pun boleh masuk dalam baja kompos, campur dengan bahan buangan dapur lain macam kulit bawang, sayur2 yang buruk, kulit2 buah/sayur etc .Kitar semula bagus untuk alam dan bagus jugak untuk poket kite. Jimat berganda, tak payah beli baja kat kedai kan :)
Pokok aloe vera kat taman saya hidup subur. Terima kasih kulit2 telur!
Cicak, please go away!
Napa ye cicak tak suka kulit telur? Dengar citer, cicak associate kulit telur hancur dengan burung/ayam dan adalah pemangsa no.1 cicak. Maybe bau telur sama ngan bau burung/ayam (bau kalsium tu kot). So bila jumpa kulit telur, cicak lari jauh2. Kulit telur yang pecah2 besar 50sen/10sen, letakkan nye kat kawasan cicak berkampung.
Alamak kulit telur! Lari!!!!
Bunga merah & putih, buat hati gumbira. Bau harum semerbak :)
No comments:
Post a Comment