Cuma guna 2 bahan natural, cuka dan air. Tiada bahan-bahan toksik, mudah, murah dan yang paling penting berkesan menghilangkan segala kotoran degil. Juga boleh membunuh bakteria, germs & mold.
Boleh guna di dapur, bilik air atau di mana-mana saje. Rose gunakannya untuk bersihkan minyak atas dapur masak, sink, kitchen counters, bilik air, meja makan, microwave, oven, peti sejuk, bersihkan tingkap kaca dan macam-macam lagi. Cuka bau dia busuk but no worries...bau cuka akan hilang bila kering.
- 1 bahagian air
- 1 bahagian cuka (jangan guna cuka yg kurang power macam apple cider vinegar)
- Botol spray
- Beberapa titik Essential oil - optional (kalau nak bau wangi boleh lah di campur sedikit essential oil orange, lemon, lavender etc)
Sembur ke tempat kotoran degil seperti di atas, biarkan beberapa saat dan bolehlah di lap.
No comments:
Post a Comment